![]() |
wasiat |
"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kesdaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"
PERTAMA : Hak Kepada Diri
iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA : Hak Kepada Malaikat Maut
iaitu : Mengada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
KETIGA: Hak Kepada Kubur
iaitu : Meninggalkan tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: Hak Kepada Mungkar dan Nakir
iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: Hak Kepada Mizan ( Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat)
iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
KEENAM: Hak kepada Sirat ( Titian yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang lain beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: Hak Kepada Malik ( Malaikat Penjaga Neraka)
iaitu : Menangis lantaran takut kepada ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: Hak Kepada Ridhwan ( malaikat Penjaga Syurga)
iaitu: Berasa redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: Hak kepada Nabi SAW.
iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.
KESEPULUH: Hak kepada Allah SWT
iaitu: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik ye :)