Dengan guru:
- Jangan berjalan di hadapannya
- Jangan duduk di tempat guru ( perlu ambil perhatian kerana ramai yang memandang remeh hal ini)
- Ketika berbual, jangan memulai perkataan terlebih dahulu.
- Jangan banyak bercakap dan ketawa di hadapannya melainkan dengan izinnya atau redanya
- Jangan memanggilnya dengan nama
- Jangan meninggikan suara dari guru
Selain itu, bukan dengan guru sahaja kita perlu beradab jika mahu menuntut ilmu malah dengan kitab atau buku juga kita perlu beradab..
Adab dengan kitab atau buku:
- Berada dalam keadaan berwuduk ketika merujuk atau bersama dengan kitabnya.
- Tidak melunjurkan kaki pada kitab kerana ilmu itu mulia.
- Jangan meletakkan sesuatu atas kitab kecuali mempunyai hajat tertentu seperti mengelak dari tiupan angin.
Tambahan lagi, ilmu yang telah diprolehi kadang-kadang tidak melekat di ingatan atau lupa, sebagai seorang muslim kita mesti mengelakkan diri dari terlupa ilmu yang telah diperolehi. Di sini ana senaraikan beberapa punca kelupaan.
Punca-punca kelupaan:
- Melakukan maksiat.
- Bnayak dosa (tidak bertaubat/minta ampun dari Allah S.W.T)
- Suka berfikir tentang kehidupan dunia berbanding akhirat.
- Selalu bersedih dan kecewa dengan perihal dunia.
- Makan sesuatu yang masam.
- Menilik atau melihat rebusan.
- Membaca tulisan di batu nisan.
- Makan makanan yang syubhah(diragui halalnya).
- Makan kepala ikan yang dimasak berkuah>
- Tidur dalam keadaan meniarap.
- Tidur dalam keadaan berhadas.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ilmu yang diingati boleh terlupa atau sukar diterima kerana tidak mengikuti adab-adab menuntut ilmu atupun melakukan perkara yang boleh menyebabkan kelupaan. Jadi, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu cahaya dan cahaya (ilmu) tidak akan dapat memasuki hati yang gelap.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Menuntut ilmu itu adalah fardhu (wajib) ke atas setiap muslim (lelaki)
dan muslimah (perempuan)."
(Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik ye :)