Pages

Para pengikut


Tuesday, November 23, 2010

Sifat seorang Islam yang sejati

Hassan al-Basri memberikan kesimpulan mengenainya...:
  • Teguh agama
  • Bersifat lemah-lembut
  • Teguh iman dan penuh yakin
  • Berilmu pengetahuan dan toleransi
  • Tahu menjaga kepentingan serta belas kasihan
  • Murah hati walapun miskin dan tidak boroswalaupun kaya
  • Brbuat baik walaupun memegang kuasa
  • Bersama sahabat menanggung susah payah
  • Bersabar dalam keadaan susah atau menanggung derita
  • Tidak menurut perasaan dan tidak terpengaruh oleh nafsu
  • Niat baiknya terhad
  • Selalu menolong orang teraniaya atau lemah
  • Tidak lokek dan tidak boros
  • Memaafkan orang yang menganiayainya
  • Biar diri sendiri susah asalkan orang lain senang
Lihat2 lah pada diri..cerminkan diri...tanya diri...samada salah satu sifat2 di atas ada pada diri atau tidak oleh itu..bersamalah kita bermuhasabah diri supaya kita dapat menjadi seorang Islam yg sejati.

Saturday, October 16, 2010

Kesabaran Nabi dan Para Sahabat

Salam buat semua ..

saya ingin kongsikan satu kisah yang menarik buat tatapan anda semua. Semoga sedikit kisah yang dipaparkan ini memberikan kita seribu keinsafan dalam diri.

Abu Nuaim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya, pernah pada suatu hari aku melihat Nabi SAW bersembahyang sambi duduk. Maka aku bertanya pada baginda, “Apakah sebabnya tuan sembahyang sambil duduk ya Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Aku tidak kuat untuk berdiri kerana lapar.”
Apabila mendegar jawapan Nabi SAW, Abu Hurairah RA menangis dan Nabi SAW berkata, “Wahai Abu Hurairah, janganlah kamu menangis, sesungguhnya perhitungan di hari kiamat tidak sama dengan kesulitan lapar di dunia.”
Pada suatu hari ketika Nabi SAW merasa lapar, maka baginda meletakkan batu pada perutnya sambil bersabda:

    “Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunia, kelak akan lapar dan telanjang di hari kiamat dan ada kalanya pula orang yang hina di dunia, kelak akan mulia di hari kiamat.”
Saad Bin Abi Waqaz berkata, “Ketika kami masih berada di Mekah bersama Nabi SAW, kami telah biasa menghadapi kelaparan, kerena itu setiap kali mendapat ujian kami akan bersabar.”

Dari Abu Hurairah RA menceritakan,

    “”Pada suatu hari aku berasa sangat lapar sehingga terpaksa menyendal perutku dengan batu. Aku diajak oleh Rasulullah SAW masuk ke rumah baginda. Di rumah baginda terdapat segelas susu. Rasulullah SAW bertanya kepada orang yang berada di rumah, Dari manakah datangnya segelas susu ini?” Kata mereka, “Susu ini adalah pemberian seseorang.”


sabar_itu_separuh_daripada_iman___450_x_450

Kemudian Rasulullah SAW menyuruhku memanggil ahli Suffa yang tinggal di serambi masjid (mereka adalah tetamu islam yang tidak mempunyai harta dan keluarga). Jika Rasulullah SAW mendapat hadiah dari seseorang, maka baginda mengambil sebahagian yang lain diberikan kepada mereka (ahli Suffa). Jika terdapat sedekah, maka Rasulullah SAW memberi kesemuanya kepada ahli Suffa kerana baginda tidak menerima sedekah.
Dalam hatiku berkata, ” Jika aku memanggil mereka dan mereka minum bersama, pasti aku tidak berpeluang minum susu tersebut, tetapi jika aku memanggil mereka bererti aku tidak taat kepada perintah Rasulullah, padahal taat kepada Allah dan RasulNYA adalah wajib. Tetapi aku ingin minum susu itu semua agar badanku menjadi kuat.”

   Apabila mereka datang, Nabi SAW menyuruhku memberikan gelas itu kepada mereka terlebih dahulu secara bergilir-gilir dan mereka semua minum susu tersebut sehingga puas.
Apabila selesai semuanya, barulah gelas itu diberikan kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW melihat wajahku sambil berkata, “Wahai Abu Hurairah, sekarang tinggal untukku dan da kamu sahaja,”
Jawabku, “Benar ya Rasulullah.” Baginda menyuruhku duduk dan minum dari lebihan susu itu sehingga aku merasa kenyang lalu aku berikan kepada Rasulullah SAW, tetapi baginda tetap menyuruhku minum sehingga aku sendiri tidak mahu, selepas itu barulah Rasulullah SAW minum lebihan susu yang masih ada.

Thursday, October 14, 2010

Buat Tatapan dan Renungan bersama...

Belajar ketika kecil ibarat menulis di atas batu


maksudnya: apa yang diajarkan ketika kecil itulah yang selalunya kekal hingga dewasa


Belajar ketika dewasa ibarat menulis di atas air


maksudnya: ketika dewasa ilmu yang masuk mudah hilang bagaikan menulis di atas air


sedikit sebanyak yang disampaikan oleh ustazah yang banyak berjasa



                      

Wednesday, October 06, 2010

TIKA DINIHARI..

Oh Tuhanku
Tiada Indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada Mu
Tiada Indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada Mu...

Oh Tuhanku

Tiada Indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama Mu
Tiada INdah... Tiba di akhirat yang abadi..
Kecuali dengan keampunan Mu..


Ya Allah Tuhanku
Yangmerubah kalbu
Tetapkanlah hatiku

Tuhan.. bimbingilah daku..

Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua Taat akan Perintah Mu..

Tuhan...

Usah bebankan Kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari ka..mi

Tuhan...

Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya..
Maafkansalah kesilapan..
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami..


Ohhh...Ya Allah



Saturday, October 02, 2010

Tepuk dada tanya iman!

Adakah iman kita sudah teguh?..
Seteguh para syuhada?..
Jadi...
Tepuklah dada tanya selera....

Berapa banyakkah amalan baik yg kita lakukan...
Berapa banyakkah ibadah2 yang kita lakukan..

Jadi... renung2kanlah bersama..

I made this widget at MyFlashFetish.com.